Thursday, March 23, 2006

2 bulan sudah berlalu, tiada khabar dan berita, sungguh sakit hati ini, sakit yang teramat.

jadi makanya.. kata hatiku ini

"hendaklah kau pasrah, kerana sesuatu yang tidak wujud itu bukannye akan pop up depan mate kau macam mane yang kau mahukan "

huuuu... oleh demikian, hendaklah aku pasrah dengan kenyataan bahawa, sesutu yang tidak pasti itu, jangan di harap harapkan, kerna mungkin akan meranapkan jiwa mu .~`

============================================================================
masa berlalu dengan pantas sekali hari nih.. lakukan sesuatu yang bodoh untuk kali entah keberapa membuatku menjadi diriku yang sebelum ini .. diriku yang lemah, lalai dan leka. BODOH kau nurul hidayah kerana biarkan ia terjadi lagi.. damn u!
===========================================================================

biarkan malam memayungi kepenatan jiwa,

ku pesan pada angin,bawa kedukaan ku pergi jauh dari sini

lalu hembuskan kedukaan ku,
gantikannya dengan kegembiraanku,
biar terukir senyumanku,
biar terubat kesakitanku
kupesan pada angin bawa kedukaan ku pergi jauh dari sini,
jangan tangisi kejatuhanku,
jangan tangisi pemergianku,
biar ia jatuh lalu melantun tinggibiar ia pergi dengan redha hati.
lalu ku akan,
pesan pada angin bawa kedukaan ku pergi jauh dari sini,

Thursday, March 09, 2006

ku baca surat khabar tadi

terkejut tgk headline die

10 tahun penjara cium di khalayak ramai?
atau denda AS 100 000

berita drp indonesia


terkesima..

jika undang2 nih di kuatkuasakan di malaysia, pasti ade suara suara yang tak puas hati bising,
atau pon....
pasti ade bantahan bantahan di seluruh negara

ooo. kaya tuh. AS100 000 = RM 370 000

dahsat oo harga ciuman jika di lakukakn di khalayak ramai.. >.<

Wednesday, March 08, 2006

ouh. semalam hari yang sungguh ku kira indah la jugakk~`
hahah

=====================================================================
9.00 pagi

kemas rumah, buat baik la konon, merngek mintak mak duit. dpt la rm20.huu~`
9.40 pagi. ciss. sarah penipu x sampai lagi.

=====================================================================

11.oo pagi

da sampai ou, teman azni beli bekalan pagi untuk kimmy. haha

masuk parkson, kimmy senyum senyum kat azni. sarah dan aku x nak kacau daun, kitorang pon amik gamba kat model yang hensem2 gamba nya

pekerja 1 : eyh awak. saye nak bekenalan ngan awak...
sarah : (sambil buat x dengar) kite asyik bayangkan nazim yg pakai baju ni
pekerja 2: saya nak bekenalan ngan yang pakai tudung tuh... sape name? diana?(merujuk kpd aku)
aku : eeuuuuwwwww~`

azni dan kimmy sedang beramah mesra walaupon tiap2 hari jumpe

====================================================================
12.00 pagi

kedatang syerra ngan zahirah. ouh ya. akmal pon ade. die sorang je laki ade.
setengah jam kemudian, baru lah ariff sampai

====================================================================
12.30

pergi usha kek kt secret recipe. kecoh gile! setengah jam nak decide kek ape..
setengah jam buat lawak macam org gile..
pastuh lepak kat situ macam rumah sendiri.

====================================================================

1.00

makan kat bk. nyalakan lilin, ade 9 batang lilin, satu je aku ngan sarah dpt tiup. angin kuat sangat! haha. zahirah dan smua nyanyi lagu happie burfday smua. besyh! terharu
makan kek. ariff si keding DIET
geramnye!
gado pasal nak tgk movie ke x. haha.. kecoh a

===================================================================
1.30

gadoh lagi.. ade yg nak tgk movie dan ade yg x nak.sarah ngan azni x nak.sarah mengutamakan BAJU YG CANTIK2....so.. kitorang pon tgk movie la.. ghost of nae nak.

setengah jam pertama. cam best. jerit-jerit. ariff ngan akmal lebey penakut drp aku.wakkaa
setengah jam seterusnya.. mula bosan
arif nak pergi toilet. akmal pon same.
setengah jam lagi, ariff ngan akmal dah kat GSC. main billiard. BODO penipu.!
setengah jam lagi. kitorang klua.xsempat habiskan movie. bOSAN.X MASUK AKAL!
fatin pon dtg skali :)

===================================================================

3.30

ariff ngan akmal makan lagi kat BK. kitorang teman die makan. sarah masih try baju lagi. begitu juga azni. pastuh jalan jalan. buat lawak bodo. masuk toilet, jumpe mak nyah. huu~` x sedar. lawa sangat! wakakak

===================================================================

4.30

akmal cabar ariff lawan lagi,tadi kalah x puas hati.
kitorang pon tgk, sambail fussball .. BESH !! sara rugi!

aku : aiskrim tuh cam sedap
zahira: a a
syerra : jom aa beli

banyak gile derang makan aiskrim, try je plak tuh

fatin : korang nak beli?
zahirah: mane de., sape yg nak beli?
aku: habis tuh korang makan ni buat pe?
syerra: buat malu je
fatin: ye la kite beli..

makan lagii~`
====================================================================
5.00

isya datang.
nak makan kek.
makan kat arena
lepak ramai ramai. bukak cite lame. sarah ngan azni pon mai

azni: oi oi. korang nampak minah tuh?
aku:asal? lawa pe
azni: hotak ko! salihin ngan khairudin!!!
sarah: macam mane die adE DADA?
aku: amik pil hormon
arif: lawa gile.(teruja) wakka

pastu derang camperasan kitorang usha derang then derang pon bla

isya: x nampak x nampak. jom ikut derang
arif: jomm
aku: korang gile?

TRANSEXUAL .DAMMM

==================================================================
5.30

balik. tapi..x de transport,
ngan akmal n ariff? aku je pompuan? xpe. mereka boleyh dipercayai. hahaha
tapi,... rumors akan tersebar. dammm
ouh ya. ariff begitu gentleman mengangkatkan kek aku. huhuh

===================================================================
6.00

sampai rumah terus bukak comp

===================================================================

7.00
along sampai ngan satey. whahahha
makan lagii

8.00
along da nak balik.
rm 100 die kasi , wkakakaa.. rezeki

===================================================================
9.00 -10.00

main comp.
balas pantun ngan ayeed. hahaha. sungguh sronok

==================================================================
11.00/
dengar muzik sampai tido.


*aku bersyukur pada mu ya allah. trima kasih. semoga tahun ini lebih bagus drp tahun sebelumnya :)) *

Monday, March 06, 2006




dalam masa beberapa jam sahaja lagi, aku akan melangkah kealam yang baru. Seorang gadis baru yang melangkah ke arah 18 tahun? hahaha. sronok sungguh, namun kesedihan pasti nya ada berbekas di dalam hati.. huhuuh

beralih kepada tajuk sebenarnye, menyambut bersama sama aku kali ini adalah sarah, rakan yang ku kira agak rapat denganku. Kami lahir pada hari yang sama, tarikh yang sama, tahun yang sama 8/3/88. huu~~

kepada sahabatku,

masa akan satu hari nanti meninggalkan kita, hidup pasti harus di teruskan, namun yang paling penting adalah kenangan yang ada terukir didalam hati. mungkin satu hari nanti kau tidak akan mengenali aku, mungkin kau dah jadi seorang peragawati antarabangsa ataupon sudah menjadi lawyer berjaya, namun ketahuilah bahawa, persahabatan kita adalah selamanya. >.<
*jiwang ah plak*

kepada sahabatku,

walaupon banyak salah paham antara kita, ataupon banyak mende yang kite x sependapat, ouh well.. alangkah lidah lagi tergigit * huuu~` * tapi ketahuilah bahawa, aku sangat bersyukur kerana ade seseorang yang sentiase berada disampingku mendengar mende2 yang ku suke merepek, kecohkan, sedeyhkan, tangiskan dan lain lain. hohoh. terima kasih kawan =')

ouh ya akhir kate.
selamat menyambut hari lahir ke 18, semoaga tahun ini adalah lebih baik drp sebelumnya.
semoga allah berkati kita :))

hati aku sakit, telinga aku bingit, mate aku dah bengkak menangisi kesakitan hati.

mulut si tua itu cukup lantang, cukup menjelikkan, cukup menyiat-nyiat hati yang rapuh ini.
aku jadi semakin membencinya hari demi hari, saat demi saat. Biar masa berlalu kononnye boleh menyembuhkan kelukaan di hati, tapi kesan nya x kan hilang dalam sekelip mata cuma.

" kenapa la abang kau tuh tak balik-balik?"
"kenapa la mak kau tuh slalu klua?"
"kenapa lah abang kau tuh tak bercakap-cakap langsung?"
" kenapa lah si abang kau yang sorang tuh asyik main computer jer?"
"kenapa lah kau nih gemok?"

si tua nih tak tau abang aku tak balik sebab die tak tinggal kat rumah, dah duduk rumah lain.
si tua tuh tak tau mak selalu kluar pergi masjid depan rumah, ade kuliyyah, bukan buang mase kat coffee bean! damn!
si tua tak tau bile abang aku x cakap sebab x nak buat die malu! sebab si tua nih pekak! maka, bile abang aku bersembang ngan die, si tua x dengar.
si tua tak mengerti sebab abang aku main komputer, bukannnye sesaje je... cari mende la!
si tua kecoh sebab aku gemok. so what? hu care?!

opsss, terlebih mengutuk. hohoho..

===========================================================================

biar terus mengharap sesuatu yang tidak pasti, kerana sesungguh nya keajaiban itu pasti berlaku. Yang perlu aku lakukan adalah sabar dan yakin cuma. hmm. sampai bila? sampai ia datang di depan mata.

============================================================================

kupesan pada angin, bawa kedukaan ku berlalu pergi

Thursday, March 02, 2006

aku buka majalah sekolah rendah tadi. rindu, sangat rindu.

selak-selak, tengok tengok wajah-wajah innocent kawan kawan waktu sekolah dulu,
lain benar mereka kalau nak dibandingkan dulu dan sekarang.
berubah, ya. amat berubah. hahaha. mereke bukan yang dulu, dan yang sekarang bukan mereka yang dulu. aih.

masa akan terus berdetik, xkan menunggu kite. aih. so.enjoy ur life!

========================================================================

harapan tinggal harapan, menunggu sesuatu yang tidak pasti amat menyakitkan. sampai bila hendak ditunggu?
sampai bila harus menanti ? aih.
doaku dikirim kepada mu. moga selamat sejahtera walau di mana kau berada. aih

==========================================================================


biarlah malam terus berlalu dengan hembusan angin .